Tuesday, April 17, 2007

ketenangan

mungkin itu adalah benda yg semua org mahukan...
dan aku... sangat2 memerlukannnya
dan sekali lagi.... aku sudah mengecapinya.... walaupun tidak sepenuhnya =)

semester5 akan tamat dalam masa 2minggu lagi. semua kerja2 sudah diselesaikan. tinggal peperiksaan akhir yang harus aku tempuhi. banyak kegembiraan, kedukaan, keperitan yang telah aku alami selama aku di semester5. membuat kan aku lebih matang untuk menguruskan kehidupan pada masa hadapan. aku juga mengenali rakan2 ku dengan lebih lagi. baru kini aku dapat tahu baik buruk seseorg itu. mungkin tidak banyak yang aku tahu tetapi sekurang-kurangnya aku tahu! kerja-kerja berkumpulan telah banyak mengajar aku untuk hidup berdikari dan mungkin sekarang aku bangga dengan segala pencapaian aku. telah banyak aktiviti2 di fakulti dan di kolej yg telah aku handle dengan hanya meminta bantuan pada diriku tanpa bantuan org lain. aku ingin berterima kasih kepada semua yang telah sudi untuk membantu aku. ya.... aku tidak dapat membalas budi kalian, hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas nya.

sepanjang setengah tahun ini... aku meniti hidup ini keseorangan. tiada teman yang sudi untuk berdampingan dengan aku. mungkin kah aku ditakdirkan untuk hidup sebegini atau mungkin kah aku yang memilih untuk hidup begini!!! aku sendiri tidak dapat untuk menjelaskan segala persoalan ini. persoalan ini selalu singgah di kotak fikiran aku. dan ya.... sekarang aku bangga untuk mengatakan ada seorang insan yang sanggup menemani aku untuk meniti perjalanan yang dinamakan kehidupan. aku sangat bersyukur =) aku hanya dapat mengharapkan yang dia dapat menemani aku buat selamanya. kepada teman ku itu, aku mencintai kamu dengan sepenuh hati ku! tiada dua didalam hidup aku. aku berharap kamu juga begitu.

p/s: mungkin aku agak emosi hari ini....

No comments: